Kelas Asas komputer Microsoft POWERPOINT LEPASAN SPM & ADVOKASI KDB
10 April 2025 | Aktiviti TerkiniKelas ini telah dihadiri oleh 3 orang perempuan pelajar sekolah lepasan SPM. Kelas ini telah diadakan dari pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang bertempat di Pusat Latihan NADI Machan. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan sehingga ke peringkat pertengahan kepada peserta menggunakan perisian MS PowerPoint terutamanya membantu mereka selepas alam persekolahan.
Objektif kelas adalah memberi kemahiran dan kefahaman kepada peserta untuk menyediakan pembentangan yang menarik dan berkualiti dalam membantu mereka dalam pembentangan di Sekolah @ Universiti nanti.
Selepas selesai kelas tersebut pelajar telah diberikan taklimat KDB iaitu Jenayah Siber. Taklimat ini berguna untuk memberi kesedaran tentang pembangunan pesat teknologi komunikasi sekarang yang sangat membimbangkan sekiranya tidak di gunakan secara positif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: